Naruto dilahirkan pada Oktober 10, tahunnya tidak diketahui. Asal usul ibu bapa dan saudara maranya yang lain masih merupakan misteri. Sejak dilahirkan lagi, syaitan musang berekor sembilan, Kyubi yang cuba membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto oleh Hokage Keempat. Ayah Naruto merupakan Hokage generasi ke empat iaitu kaito dan Ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.
Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira yang terpaksa memendam Kyubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto kerana Kyubi pernah meranapkan ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya sehinggalah dia mencecah usia dua belas tahun.
Naruto hampir dikalahkan oleh Neji.
Mujurlah Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi berdedikasi di akademi iaitu seorang ninja Chunin, Umino Iruka. Walaupun orang tua Iruqa mati dalam tangan Kyubi, Iruka tidak menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapanya.
Uzumaki Naruto sebelum tamat pengajian di Akademi, Naruto telah lama mengimpikan dirinya dikenali dan diterima ramai. Dia akan bermain helah dan bergurau senda di seluruh kampungnya untuk menarik perhatian. Pernah juga Naruto menconteng grafiti pada muka monumen Hokage dengan cat dan merupakan dirinya sebagai gadis seksi yang tidak berpakaian untuk menimbulkan kemarahan guru-guru. Naruto juga memaklumkan kepada mereka yang memandang rendah terhadapnya bahawa dia akan menjadi Hokage suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, Naruto akhirnya dicam sebagai "Ninja Bising, Mustahil untuk Dijangka dan Hiperaktif Nombor Satu" di Konoha oleh Hatake Kakashi.
Naruto dalam Kumpulan 7.
Sikap gigih dan tidak mudah mengalah menyebabkan Naruto berjaya mempengaruhi watak-watak lain di sekelilingnya. Pada mulanya, Naruto bersahabat dengan Konohamaru, cucu kepada Hokage Ketiga. Konohamaru akhirnya memahami bahawa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang dan sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Walaupun tampak degil dan sedikit bodoh, Naruto boleh mengalahkan pihak lawan melalui semangat yang kental, teknik mengalih perhatian lawan yang bijak dan nasib baik semata-mata.
Naruto gagal meyeru Gamabunta atau Raja Katak.
Naruto suka bergurau senda walaupun kadang kala gurauannya mengandungi elemen lucah. Biasanya, Naruto sering bergelak ketawa dan senyum (pada sesetengah ketika, Naruto senyum untuk menyembunyikan masalahnya; hanya mereka yang benar-benar rapat dengannya boleh mengetahui perasaan sebenar Naruto). Dari segi luaran, Naruto hanyalah seorang budak yang tidak menonjol, bising, panas baran, mempunyai jiwa kental dan selalu terlibat dalam masalah.
Salah satu daripada hobi Naruto ialah berkebun walaupun Naruto tidak dapat membezakan herba daripada rumpai (disiarkan dalam episod 20). Naruto juga menghadiahi Kakashi Mr. Ukki, tumbuhan pasu yang boleh dilihat di tepi tingkap Kakashi.
Naruto mengunakan Rasengan.
Naruto juga menjadi matang dengan cepat sejajar dengan perkembangan cerita tetapi masih kebudak-budakan dari segi pemilihan aksesori. Pakaian tidurnya selalu diiringi dengan topi malam yang dihiasi sepasang mata dan gigi. Wangnya disimpan di dalam dompet hijau berupa katak yang dipanggil Gama-chan.
Naruto suka makan dan mempunyai selera seperti Akimichi Choji. Makanan kegemaran Naruto, ramen seolah-olah bertindak sebagai penghubung antara Naruto dengan sesiapa yang sudi membayar bil nanti. Dalam banyak episod, dilihat Naruto boleh menghabiskan beberapa mangkuk aneka rasa ramen.